Azwan Ali Kantoi Depan Depan Dalam Motif Viral, Memang Tak Boleh Lari Dan Akhirnya Dia Mengaku

Salah seorang selebriti yang memang sudah lama tidak muncul di mana mana program Astro dan Diva Azwan Ali akhirnya muncul di Motif Viral dan perkara yang tidak terancang terjadi yang buat ramai pecah perut ketawa.

Saksikan Video Penuh Yang Berada Di Bawah Artikel

Azwan Ali sememangnya seorang artis yang penuh kontroversi kerana perbuatannya yang agak pelik dan sentiasa menonjol . Beliau juga baru baru ini viral di media sosial kerana dikatakan telah menjadi salah seorang calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang ke 14 baru baru ini. Azwan ali turut popular kerana beliau seringkali dengan lantang mengeluarkan pendapat beliau di media sosial tanpa menghiraukan orang lain .

Namun baru baru ini Azwan Ali telah dijemput kedalam sebuah rancangan popular Malaysia yang dikendalikan oleh Astro untuk ditemuramah. Rancangan tersebut seringkali diperkatakan dan disebut di media sosial kerana rancangan tersebut seringkali mengutip apa apa saja atau sesiapa sahaja yang pernah viral di media sosial untuk ditemuramah . Hampir semua instafamous dan individu individu yang pernah menjadi viral telah muncul dalam rancangan tersebut.

Azwan Ali telah terpilih untuk menjadi orang yang seterusnya yang dijemput untuk ditemuramah oleh motif viral. Namun semasa ditemuramah salah seorang dari pengacara motif viral telah perasan dan ingat behawa Azwan Ali pernah memuatnaik kenyataan di media sosial mengutuk rancangan motif viral dan hos rancangan tersebut didalam akaun instagramnya.

Salah seorang hos motif viral membelek kembali instagram Azwan Ali yang sebelum ini mengutuk motif viral dan Azwan Ali langsung tidak dapat berbuat apa apa namun beliau memberitahu bahawa jangan percaya dengan setiap apa yang beliau katakan di media sosial. Kesian Azwan Ali kantoi hahaha

VIDEO PENUH TEMURAMAH AZWAN ALI DI MOTIF VIRAL

SUMBER : Alert TV Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *