Diva Azwan Ali Beritahu Apa Rahsia Besar DS Najib Razak Sampai Diva AA Sendiri Menangis

“Saya Tetap Diva Menang Atau Kalah Sekalipun”

PASRAH… Selebriti kontroversi, Azwan Ali, berkata statusnya sebagai seorang diva tidak tergugat walau apa pun keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada malam ini.

VIDEO TENTANG RAHSIA NAJIB RAZAK BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Jelas calon Bebas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, dia sendiri tidak yakin boleh memenangi namun berserah kepada takdir dan akan bersedia menerima apa sahaja keputusan.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu mencuri tumpuan pada hari mengundi apabila tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Genting Klang dekat ibu negara sejak awal pagi lagi.

“Kalah atau menang, saya tetap diva. Tak ubah apa- apa pun.

“Saya tidak yakin boleh menang tetapi apapun terserah kepada ketentuan Illahi dan bersedia dengan sebarang keputusan malam ini,” katanya dipetik myMetro Online.

Azwan ditemui media selepas selesai mengundi kira-kira 8.20 pagi dan kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang selepas melihat kelibat abangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan.

Malah, Diva AA juga meminta pihak media untuk menghubunginya selepas Azmin betul-betul sudah beredar dari kawaan tersebut.

Mengulas mengenai pemakaiannya ketika turun mengundi, Azwan yang berpakaian jubah putih dan kasut yang berlainan warna berkata, pakaian itu dipilih bagi melambangkan simbolik dirinya sebagai seorang yang ‘bersih’.

“Bagi saya warna putih dan merah (merujuk kepada kasut) melambangkan keperibadian yang penuh warna warni dalam kehidupannya.

“Cukup-cukup lah membuat provokasi, kehidupan perlu diteruskan walau siapa sahaja pemimpin yang dipilih pada PRU14 kali ini,” katanya.

Terdahulu, Azwan turut menjadi buah mulut ramai apabila gambar dan videonya bertengkar dengan pihak pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tular di media sosial.

Azwan juga melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap pengurusan SPR apabila mengatakan pihak itu tersilap label peti undi antara DUN dan Parlimen di saluran dua pusat pengundian berkenaan.

“Saya bukanlah petugas SPR tetapi saya pernah belajar benda itu dahulu, saya beranglah sekejap,” ujarnya.

DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan pertandingan lima penjuru di mana Azwan menentang abangnya, Azmin dari Parti Keadilan Rakyat dan tiga calon lain masing-masing Salwa Yunus (Barisan Nasional), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM). – Sumber : MyNewsHub

APAKAH RAHSIA DS NAJIB RAZAK YANG AZWAN ALI CUBA BAGITAHU SEMUA?

Tontoni video dibawah dan anda akan tahu apakah rahsia dia. Apa pon DIVA AA, ko memang klass .. kalau kalah pun takpe sebab ko buat PRU14 kali ini menarik dan ceria ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *